berita

6 Influencer Bakal Berentap Dalam Pesta Game – Hari Sukan Maya Pertama Malaysia!

January 19th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

YouTube bersama-sama MyGameOn dan IGN Southeast Asia selaku rakan acara mengumumkan Pesta Game – Hari Sukan maya pertama Malaysia, yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A51 | A71 dan dipacu oleh KFC. Pesta Game akan mengikuti para peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing bertanding merentasi beberapa permainan video kegemaran Malaysia. Acara tersebut turut merupakan acara pertama dari siri YouTube Super Stream bagi tahu 2021, sebahagian dari usaha berterusan YouTube untuk menawarkan kandungan hiburan tempatan yang asli bagi rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan seharian di rumah.

Artikel berkaitan: REV Media Group, UITM Jalin Kerjasama Perkukuh E-Sukan

Artikel berkaitan: Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 Dah Bermula, Tawaran Biasiswa RM50k Jadi Rebutan!

6 influencer juga bakal bertanding!

Pesta Game akan distrim secara langsung dan serentak (satu lagi detik pertama!) pada 30 dan 31 Januari dalam Bahasa Malaysia merentasi beberapa saluran YouTube terbesar Malaysia, dari saluran-saluran Media Prima seperti Drama Sangat, NTV7, TV3 dan TV9, sehingga ke saluran-saluran para pencipta kandungan yang akan bertanding: Athisha Khan, Dumpling Soda, Fuzz Channel, Isaac Osman, Syedot ASMR, dan Wiser MY. Hujung minggu penuh keseronokan ini bukan sahaja terhad kepada menonton – para penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik sepanjang strim langsung tersebut, ataupun menyertai pencipta kegemaran mereka dalam permainan! 

Menurut Ben Jern, ketua bagi YouTube Malaysia, permainan video sememangnya sebahagian besar komuniti YouTube di Malaysia, dan tidak ada masa yang lebih sesuai untuk bermain daripada masa sekarang.

Pesta Game membolehkan kita untuk bersama secara selamat dari keselesaan rumah masing-masing dan menghiburkan diri menerusi strim-strim langsung permainan video oleh para pencipta kandungan kegemaran Malaysia di YouTube merentasi peranti mudah alih, komputer dan juga TV terhubung.

Di antara aksi, keseronokan dan kerja berpasukan, terdapat banyak yang boleh dinantikan di hari sukan maya pertama ini dan juga sepanjang 2021. Dengan kerjasama rakan-rakan acara ini, Pesta Game 2021 berharap agar dapat memberi kegembiraan dan positiviti yang akan terus membara buat semua yang menonton. Teruskan bermain!

SKIP THIS AD ×