Seorang ayah mungkin jarang meluahkan rasa cinta dan sayang terhadap anak melalui perkataan. Namun ia boleh dilihat menerusi perbuatan mereka. Buat korang yang dah berumah tangga dan mempunyai anak pasti perasan benda ini kan?
Kadang apa yang dilakukan seorang ayah itu nampak macam biasa je tapi percayalah sebenarnya dia sedang bermanja dengan si anak. Lelaki kan memang macam itu.
Jadi berikut kami rasa X cara si ayah bermanja dan tunjuk kasih sayang terhadap anaknya dalam diam.
Pernah nampak suami korang macam ini? Si ayah selalu akan ikut sama menyanyi atau menari dengan anak.
Kadang-kadang si ayah akan tunjuk rasa sayang terhadap anak dengan cara ini. Rambut dia ikatkan, muka sapu-sapu bedak sikit. Hurm banyak lagi lah.
Ada juga si ayah yang jenis suka menyakat anak-anak. Kadang sampai merajuk dan menangis. Bukan apa pun, cuma nak bermanja.
Bapa yang penyayang akan secara spontan kiss anak-anak dia. Tak kisah la di rumah mahupun di shopping mall sekali pun.
Demi anak, apa-apa pun akan dilakukan bagi memastikan mereka semua gembira. Contoh terbaik ialah berlakon seolah mempunyai super power. Ada itu siap beli kostum Spiderman lagi.
Budak-budak biasanya kalau kita tiru apa yang dilakukan oleh dirinya, pasti dia akan gembira.
Yang ini memang selalu dilakukan oleh si ayah buat anak-anaknya. Comel je kan?