berita

7 Sebab Kenapa Wak Mustar, Juara Kilauan Emas 5 Diminati Ramai

May 29th, 2015 | by Wan
Kini Trending

otai

Rabu lalu telah berlangsungnya Konsert Akhir Kilauan Emas Musim kelima yang menyaksikan finalis kegemaran ramai, Mustaffa Rasyid atau dikenali sebagai Wak Mustar dinobatkan juara.

Ternyata keperibadian Wak Mustar yang cukup sempoi itu menarik perhatian penonton sejak awal lagi dan tidak hairanlah dirinya menang.

Jadi berikut kami senaraikan serba sedikit mengenai diri Wak Mustar.

1) Tukang Kayu

wak2

Siapa sangka hanya bekerja sebagai seorang tukang kayu/tukang rumah, Wak Mustar kini juara Kilauan Emas. Keperibadian Wak Mustar yang simple dan bersahaja lantas diminati ramai.

Menurut Wak Mustar, buat sementara waktu dia mahu fokus di bidang nyanyian.

Bukan tinggalkan kerjaya sekarang tetapi berehat sebentar kerana ingin fokus kepada nyanyian buat sementara waktu.

2) Sertai Lebih 30 Pertandingan Nyanyian

wak1

Sebelum Kilauan Emas, Wak Mustar pernah menyertai lebih 30 pertandingan nyanyian namun menerusi program terbitan Astro itu adalah kejayaan terbesarnya.

Jadi tak sia-sia lah Wak Mustar sertai Kilauan Emas.

3) Sokongan Padu Orang Kampung

Bukan sahaja diminati ramai oleh penonton, rupanya Wak Mustar mendapat sokongan padu daripada penduduk kampungnya. Tengok lah siap berkumpul ramai-ramai dan ada tayangan ‘khas’.

4) Mahu Sedekah Kepada Orang Miskin

KUALA LUMPUR 27 May 2015. Persembahan Mustar pada   Konsert Akhir Kilauan Emas . NSTP/Saifullizan Tamadi

Sebaik sahaja diangkat sebagai juara kilauan emas 5, Wak Mustar terus mengatakan perancangannya terhadap hadiah kemenangan yang diperolehi. Siap nak sedekah kepada golongan miskin.

Selain itu saya juga bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran untuk keluarga, kenalan di kampung menggunakan wang berkenaan dan menyumbangkan kepada golongan miskin

5) Beri Anak RM10,000 Seorang

wak5

Tambah Wak Mustar ,wang tersebut akan diagih-agihkan kepada lima orang anaknya sebagai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Wah untung betul anak Wak, semua dapat merasa wang kemenangan.

6) Menang Anugerah Khas Juri

Screen Shot 2015-05-29 at 2.59.17 PM

Secara keseluruhan pada konsert akhir Kilauan Emas tersebut, Wak Mustar membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM110,000. Tambahn RM10,000 kerana memenangi Anugerah Khas Juri.

7) Ada Musik Video Sendiri

Jangan terkejut kalau kami katakan yang Wak Mustar dah ada musik video sendiri. Yang menariknya ia dirakam oleh peminat-peminat Wak Mustar di kampungnya. Ala macam musik video dulu-dulu.

Kredit berita : Astro Gempak, mStar

SKIP THIS AD ×