Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam kesal dengen perbuatan anak lelakinya, Syamsul yang menyembunyikan hubungan sulit dengan Ira Kazar selain tidak jujur dengan isterinya, aktres Puteri Sarah Liyana.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Setahun Syamsul Yusof Sekat Nombor Telefon’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Gantikan Ayah Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya’ – Ibu Syamsul Yusof

Kalau jujur dari awal ..

Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata Syamsul sudah menyakiti hati ramai pihak apabila tidak mengaku sejak awal lagi.

Saya kesal kenapa dia perlu simpan rahsia ini terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang daripada awal kepada isterinya?

Bukankah dia sudah menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Kalau dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat.

Tambah pengarah berumur 68 tahun, dia juga terkejut selepas melihat video yang dimuat naik Syamsul di Instagram (IG,) pada Jumaat.

Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri.

Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ini khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.

Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih.