![[VIDEO] Aliff Syukri Pesan Orang Ramai Tak Perlu Jadi Hakim Isu Siti Jamumall – ‘Yang Jatuhkan Talak Sah Atau Tidak Itu Kerja Mahkamah’](https://media.ohbulan.com/2025/05/aliff-syukri-siti.jpg)

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan orang ramai supaya tidak mencampuri urusan kemelut rumah tangga pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah yang tular baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Perbelanjaan Bulanan Hampir RM60,000 – ‘Makan Saja Dah RM15,000’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Serik Nak Bagi Orang Pinjam Duit, Sedang Tuntut Hak Berjumlah RM50 Juta Daripada Pemiutang
‘Kita orang luar’

Pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata sebagai orang luar kita tidak boleh menjatuhkan hukuman secara melulu kerana ia perlu melalui prosedur yang sah menerusi mahkamah.
Katanya, perkara itu bukanlah hal remeh yang perlu dibincangkan oleh orang ramai malah ia memerlukan perbincangan yang serius mengikut undang-undang dunia.
Sama ada dia cerai talak tiga atau talak dua ke kita tidak perlu menyibuk.
Kita ini orang luar, yang jatuhkan talak sah atau tidak itu adalah kerja mahkamah.
Tidak perlu sibuk dengan hal orang. Perkara ini bukan boleh dibuat main.
Kita tidak perlu jadi Hakim. Doa yang baik-baik sahaja.
Kalau mereka bersatu semula, alhamdulillah. Jangan kita laga-lagakan lagi berita panas.
Aliff berkata demikian dalam satu perkongsian video di Instagram.
Sebelum ini, berlakunya pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Pemilik nama Siti Suriani Wahidin juga pernah bercerai kali pertama dengan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Untuk rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki dan Putra Aiman Zafran.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: Instagram





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

