berita

[VIDEO] Yoe Parey Menangis Jumpa Ebit Lew

January 16th, 2020 | by Azizi Rahman
Lensa Insta

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas yang sering kali membuat pendengar tersentuh hati ketika mendengar dia menyampaikan ceramah. Caranya yang sering turut serta melepak dengan anak-anak muda untuk memberi kesedaran turut mendapat pujian dan sokongan ramai.

Terbaru menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi kisah di mana bertemu dengan youtuber terkenal Syahmi Sazli bersama-sama dengan Yoe dan Asif di Kota Bahru, Kelantan. Menurutnya, Yoe sungguh terharu apabila dapat bertemu dengan dirinya kerana Yoe sering kali mendengar ceramahnya melalui telefon pintar.

Yoe menangis dengar ceramah

https://www.instagram.com/p/B7W_AeBFZAg/?igshid=1k5g4tf1h4v96

Menurut Ustaz, Yoe yang begitu teruja berjumpa dengannya lari ke kereta mengambil telefon untuk menelefon emaknya. Keterujaan Yoe bertemunya sungguh menyentuh hati. Ustaz juga dilihat sempat bergurau senda dengan mereka di samping memberi ceramah yang menyentuh hati. Semua hadirin yang berada di situ tekun mendengar setiap bibit kata ustaz yang ternyata membawa kepada keinsafan diri.

Banyak nasihat berkenaan video

https://www.instagram.com/p/B7XjUm3Hizi/

Sebak setiap kali tengok video

Rata-rata netizen tersentuh apabila mendengar ceramah dari Ustaz Ebit Lew. Setiap penyampaian memberi keinsafan dan kesedaran pada setiap umat. Netizen turut menyokong Syahmi kerana menjaga anak-anak istimewa seperti Asif dan Yoe.

 

Sumber: Ustaz Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×