Pemergian pembaca berita lagenda RTM iaitu Allahyarham Farit Ismeth Emir mengejutkan ramai pihak. Arwah sebelum ini mempunyai penyakit kanser tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Anak kepada arwah iaitu DJ Fuzz menceritakan semula momen terakhir bersama ayahnya itu.
Bapa saya telah kembali ke rahmatullah
https://www.instagram.com/p/B_MmlPmn79a/
Pemergian arwah Farit Ismeth Emir atau dikenali sebagai Pak Ngah disifatkan sangat sayu dan sebak tanpa ditemani ahli keluarga. DJ Fuzz turut memaklumkan perkara ini menerusi laman Instagramnya. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 20 April 2020, jam 11.oo pagi.
Ayah pergi dengan tenang
Disebabkan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ahli keluarga tidak berkesempatan bertemu dengan arwah. Bagaimanapun, DJ Fuzz sempat melihat wajah ayahnya itu selepas diminta datang ke hospital.
Saya dimaklumkan, ayah pergi dengan cukup tenang. Selepas mendapati keadaan bapa semakin kritikal, doktor memberi keizinan kepada kami untuk melawatnya di hospital.
Keadaan ayah agak membimbangkan tetapi dia masih mengenali kami adik- beradik dan boleh bersembang. Itulah kali terakhir kami berjumpa dengannya. Saya dimaklumkan, arwah pergi dengan cukup tenang.
Kanser sudah berada di tahap 4
Sudah tentu pemergian arwah Farit pada usia 65 tahun disebabkan kanser itu meninggalkan kesan buat ahli keluarga. Bagaimanapun, DJ Fuzz hanya mengetahui kesihatan ayahnya pada beberapa minggu yang lalu.
Perkara ini berlaku dengan begitu cepat. Tiba-tiba kami sekeluarga dimaklumkan penyakit kanser yang menyerang ayah sudah berada pada tahap empat dan merebak ke organ dalaman.
Beri dia kata-kata semangat
DJ Fuzz juga berkongsi momen terakhir berpeluang berbual menerusi panggilan video bersama arwah. Bagaimanapun, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.
Kami hanya berbual menerusi panggilan video. Dalam perbualan itu, saya banyak memberi kata-kata semangat dan mendoakan ayah segera sembuh.
Sumber: BH Online