Umum mengetahui, bekas isteri dan anak kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim dan Maryam telah disahkan positif Covid-19. Namun, kedua-dua mereka dipercayai telah sembuh dan sudah kembali ke rumah sejak beberapa hari yang lalu.
Artikel berkaitan: ‘Alhamdulillah Dah Discaj’ –Sembuh Covid-19, Mawar Karim Kongsi Pengalaman
Artikel berkaitan: ‘Doakan Saya & Maryam’ – Bekas Isteri, Anak Fizo Omar Positif Covid-19?
Artikel berkaitan: Fizo Omar Sahkan Bekas Isteri, Anak Positif Covid-19 Sejak 1 Januari
Setelah tiga minggu tidak berjumpa, Fizo akhirnya memuat naik satu video bersama Maryam, semalam.
The moment!
Hari ni hari yang dinantikan. Setelah tiga minggu tak jumpa Cik Yam, saya excited hari ini. Maryam dah sihat dan akan stay with daddy. Maryam gonna sleep with daddy today. Maryam always kena wear mask. Maryam rindu daddy ka? Tok Ma? Nanti Maryam betul-betul dah sihat kita pergi holiday.
Kepada semua yang mendoakan Maryam, Maryam dah sihat. Selepas 20 hari ini saya dah boleh jumpa dia. Dia juga disahkan bebas daripada Covid. Cuma, doktor pesan jaga-jaga dan jangan bawa dia keluar ke mana-mana.
Menerusi video berdurasi 3:20 saat, Fizo meluahkan perasaan teruja dan gembira kerana ingin bertemu dengan Maryam setelah sekian lama tidak berjumpa. Video tersebut menunjukkan Fizo mengambil anaknya dari rumah bekas isteri. Sepanjang perjalanan pulang semula ke rumah, Fizo sempat berbual bersama Maryam dan berjanji akan membawa anaknya itu untuk pergi bercuti seandainya Maryam kembali sepenuhnya sihat. Di akhir video tersebut, Fizo berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Maryam.
Video pertemuan setelah 3 minggu
View this post on Instagram
Terharu tengok video ni
Rata-rata netizen terharu melihat Maryam memeluk Fizo. Bahkan, telatah Maryam ketika berada di dalam kereta juga berjaya mencuri tumpuan netizen.
Sumber: Fizo Omar