Foto: Evening Standard
Seorang remaja terselamat dari penerbangan dari London ke Belanda setelah berpaut pada gear pendaratan dan mampu bertahan dalam keadaan sejuk melampau pada ketinggian 19,000 kaki.
Artikel berkaitan: Tak Naik Pesawat Sriwijaya Air Tapi Nama Ada Dalam Senarai Nahas, Rupanya Kawan Guna….
Artikel berkaitan: ‘Tak Boleh Di Darat, Udara Pula Dia Cabut Lari’ – Pilot & Penumpang Kena Kompaun Rentas Negeri
Menumpang di gear pendaratan pesawat
Foto: The Points Guy
Pesawat tersebut merupakan pesawat Airbus A330 milik Turkish Airlines. Manakala, sehari sebelum kejadian, pesawat tersebut berlepas dari Nairobi, Kenya menerusi Istanbul untuk ke Lapangan Terbang Stansted di London.
Menurut LADbible, pihak mereka telah menghubungi Lapangan Terbang Stansted untuk mendapatkan komen. LADbible memberitahu bahawa Jurucakap dari Lapangan Terbang Stansted menyatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan remaja itu memasuki penerbangan ketika pesawat mendarat di London.
Menurut laporan, budak lelaki itu dipercayai menaiki penerbangan di Nairobi, Kenya, sebelum menuju ke Turki dan kemudian ke UK. Difahamkan, remaja tersebut dikejarkan dan dirawat di hospital kerana mengalami hipotermia. Remaja tersebut bertuah kerana dengan penerbangan mencapai ketinggian sehingga beribu-ribu kaki, peluang untuk remaja tersebut selamat adalah sangat tipis dan selalunya penumpang haram yang menggunakan cara yang sama akan ditemui mati beku ataupun mati kerana kekurangan oksigen.
Pihak berkuasa juga akan menyiasat sama ada kes ini melibatkan pemerdagangan manusia kerana ianya berpotensi tinggi disebabkan penemuan penumpang haram di ruang bersebelahan gear pendaratan pesawat.
Sumber: Evening Standard