Foto: Kosmo
Janji temu untuk mendapatkan vaksin covid-19 adalah berdasarkan daripada pendaftaran yang pertama walaupun pengguna mendaftar lebih dari sekali. Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 bermula 1 Mac 2021.
Artikel berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera
Artikel berkaitan: Viral 200 Ahli SUK Negeri Didakwa ‘Potong Barisan’ Suntikan Vaksin, Ini Respon Tegas KJ
Artikel berkaitan: Tiada Sebarang Gejala Selepas Dicucuk, Perdana Menteri Minta Rakyat Malaysia Terima Vaksin
Aplikasi MySejahtera kini ditambah baik
MySj has been doing a UI update to push this to everyone that has registered. Wait for the push. Don’t register again. For those that did & see later date of registration, rest assured we have record of your first try. Appointments given based on the first time you registered. pic.twitter.com/NkBgEW7tUE
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) March 4, 2021
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan aplikasi MySejahtera kini telah menambah baik ‘user interface’ (UI) bagi memastikan semua pendaftar mendapat maklumat mengenai proses pendaftaran vaksin. Pendaftar diingatkan supaya tunggu sehingga makluman pendaftaran dipaparkan. Tidak perlu untuk mendaftar semula.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata bahawa masyarakat tidak perlu risau kerana Aplikasi MySejahtera sudah ditambah baik, segala maklumat berhubung pendaftaran sudah diterima dan akan sentiasa dikemas kini.
Yes, YB. Can wait for dependents feature. Then we will give your parents an appointment at the same date/time so they can go together. https://t.co/QfYQGq0PMw
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) March 4, 2021
Beliau juga turut menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.
Walau bagaimanapun, Khairy Jamaluddin terus menegaskan kepada semua rakyat Malaysia tidak perlu mendaftar semula kerana temu janji adalah berdasarkan pendaftaran yang pertama.
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin