Kredit Foto: The File
Sebelum ini, sebuah roket yang dilancarkan oleh China dilaporkan gagal dikawal dan dijangka terhempas ke Bumi. Roket jenis Long March 5B seberat 21 tan itu bagaimanapun sukar untuk dijangka lokasi sebenar akan terhempas.
Artikel berkaitan: Serpihan Roket China Dijangka Terhempas Ke Bumi, Boleh Tengok Lokasi Terkini Secara Live
Artikel berkaitan: Sukar Untuk Diramal Dengan Tepat, Pakar Kaji Mungkin Roket China Jatuh Di Turkmenistan
Terbaharu, memetik laporan SpaceTrackOrg, akhirnya roket dari China itu telah jatuh di Lautan Hindi. Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka.
Lautan Hindi
Everyone else following the #LongMarch5B re-entry can relax. The rocket is down. You can see all relevant information and updates here on Twitter/Facebook, so there is no need to keep visiting the space-track dot org website.
— Space-Track (@SpaceTrackOrg) May 9, 2021
Media sebelum ini melaporkan Roket Long March 5B yang dilancarkan pada 29 April lalu adalah ditugaskan untuk membawa modul pertama stesen angkasa masa depan China iaitu ‘Tianhe’ ke orbit. Roket tersebut masuk ke ruang atmosfera pada jam 3.24 pagi waktu Britain dengan sebahagian besar komponennya musnah.
Sebelum ini, pakar menjangkakan terdapat beberapa lokasi yang menjadi tempat ianya terhempas. Antaranya lokasi yang diramalkan adalah di tenggara AS, Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, Peru, Equador, Colombia, Venezuela, sebahagian Eropah Selatan, sebahagian besar Afrika Utara dan Tengah, Asia Barat, India Selatan dan Australia.
Sumber: SpaceTrackOrg