Semalam, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Abdul Malek dalam satu kenyataan menafikan dakwaan Eina Azman dan suami memotong giliran pengambilan vaksin seperti yang dibangkitkan netizen. Menurut beliau, pasangan ini telah dimasukkan dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar
Artikel Berkaitan: Eina Azman & Suami Tak Potong ‘Q’, Termasuk Kategori Golongan Berisiko Tinggi – Pengarah Hospital
Susulan daripada penjelasan itu, Eina tampil mohon maaf.
Terlalu peribadi untuk dikongsi
Jelas Eina, dia tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti mana-mana pihak apatah lagi ketika ini isu vaksin menjadi perbualan hangat. Dia mengambil keputusan memadam perkongsian tersebut bagi mengelakkan isu ini berpanjangan.
Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.
Berhubung masalah kesihatan seperti yang dijelaskan oleh pihak hospital, Eina mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kepada umum memandangkan ianya terlalu bersifat peribadi.
Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja.
Di akhir perkongsian itu, Eina sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai.
Sumber: Eina Azman