Seorang peniaga menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dikenali sebagai Nor Fazilah, meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang pelanggan yang dikatakan tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: Beli Nasi Briyani Daging Harga RM12, Sekali Dapat Daging Jenis ‘Meatball’ 3 Biji – ‘Ni Semua Jenis Bidan Terjun Berniaga’
Artikel Berkaitan: Sampai Hati Peniaga Bazar Buat Macam Ni…
Dah tempah tapi tak datang…
Menerusi video pendek dikongsi, wanita ini menceritakan nasibnya menerima seorang pelanggan yang dikatakan ‘mendiamkan’ diri selepas pesanan yang dibuat siap dimasak, bagi juadah berbuka puasa.
Ujarnya lagi, sebagai pengusaha restoran mereka sudah pastinya berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah kekurangan para pelanggan.
Subhanallah dah booking untuk iftar bulan-bulan puasa menipu tak datang. Kita orang dekat restoran dahlah struggle tak ada customer. Kalau tak nak datang boleh je cancel booking sebelum kita orang masak.
Apa yang lebih mengecewakan lagi, apabila pelanggan tersebut sama sekali tidak menjawab panggilan yang dibuat dan dapat dilihat menu-menu yang sudah siap disediakan menanti waktu untuk dijamah.
Call sampai ke sudah tak angkat.
Saat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.1 juta tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya yang mencadangkan supaya pemilik kedai mengambil deposit terlebih dahulu daripada pelanggan.
Video penuh:
@eila_theseafood Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu.#maggiketampower #fyp #fypdongggggggg #kedaiviral ? original sound – Nor Fazilah
Respon netizen
Sumber: Nor Fazilah