Tempoh perkenalan selama empat tahun, buat sepasang kekasih sama sekali tidak menjanjikan perhubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin berikutan munculnya orang ketiga yang dipercayai menjadi ‘pemusnah’ kebahagiaan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Muncul pula orang ketiga
Menerusi luahan sebak dikongsi seorang gadis cekal di laman TikTok, tampil menceritakan nasibnya di mana tunangnya didakwa berlaku curang walaupun tarikh pernikahan mereka sudah ditetapkan. Ujar gadis cekal ini lagi, tempoh perkenalan mereka adalah selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.
Bercinta empat tahun, tunang dua bulan. Tarikh nikah dah ada.
Namun, kebahagiaan tersebut tidak berkekalan apabila munculnya orang ketiga dan gadis ini sempat menghantar beberapa mesej kepada teman wanita tunangnya. Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, teman wanita tunangnya sama sekali tidak mengetahui lelaki berkenaan sudah pun bertunang.
Muncul orang ketiga.
Walaupun berat untuk diterima, gadis ini akur dan reda dengan setiap ujian Allah S.W.T. dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat gadis ini supaya terus cekal mendepani hari-hari yang mendatang.
Terima kasih ya Allah, aku reda dan terima ujian kau bagi.
Video penuh:
@aneessssns Terima kasih Ya Allah , Aku Redho & terima dengan ujian kau bagi ? #fyp #foryoupage ? only love can hurt like this – favsoundds
@aneessssns I nekad nak self healing bawak diri jauh jauh & Alhamdulillah Allah permudahkan . Terima kasih ya Allah ??????? #fyp #healingjourney ? Rumah Singgah – Fabio Asher
Sumber: TikTok