berita

Netizen Samakan Wajah Anak Anzalna Nasir Dengan Presiden Russia – ‘Putin Junior!’

November 22nd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Anzalna Nasir memuat naik satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan wajah anaknya, Mohamad Emirhan sempena usianya yang ke-enam bulan.

Artikel Berkaitan: Bayi Baru 5 Bulan, Anzalna Teruja Nak Tambah Anak Lagi, Mommy Tak Sabar Nak Bagi Adik

Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Suka Belanja Mewah Untuk Anak, Tak Pernah Beli Barangan Tiruan

Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari, Anzalna Kongsi Wajah & Umum Nama Anak Kedua, Mohamad Emirhan

Vladimir Putin junior?

Menerusi perkongsian tersebut, ruangan kapsyen pelakon ini telah mencuri tumpuan warganet. Menurut isteri kepada Hanif Zaki ini, orang ramai sering menyamakan wajah anak keduanya itu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

‘Happy 6 Months old’ Emirhan. Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam ‘President of Russia’ versi bayi. Kemain Emirhan orang sama kan rupa dengan presiden haha.

Bakal PM Malaysia ni nanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kapsyen terbabit bahawa wajah kedua-dua mereka memang mirip. Dalam pada itu, sebahagian daripada mereka begitu teruja melihat kecomelan bayi berusia 6 bulan berkenaan. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengharapkan putera kedua Anzalna ini bergelar Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×