Pelakon, Janna Nick menjadi bualan hangat netizen sejak kebelakangan ini dek kerana dakwaan isu putus cinta bersama kekasihnya, Dini Schatzmann.
Namun, disebalik isu tersebut, netizen turut bercakap mengenai bentuk badan Janna yang dikatakan sudah ‘berisi’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nampak Janna Nick & Dini Schatzmann Keluar Bersama, Netizen Husnuzon – ‘Dah Putus Masih Boleh Kerja Sama’
Artikel Berkaitan: ‘Takkan Paksa Orang Stay, Let Him Go’ – Janna Nick Tahu Harga Diri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Putus Cinta Dengan Janna Nick? Dini Schatzmann Hanya Senyum Manis
Jenis senang turun dan naik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, netizen membuat dakwaan di mana bentuk badan Janna merupakan punca utama teman lelakinya itu ‘lari’.
Susulan daripada itu, Janna dilihat tenang menjawab komen tersebut.
Kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap. Tapi takpe, orang prihatin. Jadinya, kita bersenam lah ye.
Gemuk boleh kurus, tiada masalah. Bagi saya satu minggu ye.
Dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan pengacara program ‘Famili Duo’ tersebut sedang melakukan beberapa jenis senaman sebagai jawapan kepada komen yang dilontarkan kepadanya.
Kata-kata semangat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tubuh badan yang gemuk menjadi sebab lelaki tawar hati pada pasangan.
Dan pada masa yang sama, pelbagai kata-kata sokongan yang diberikan kepada Janna untuk tidak menghiraukan komen-komen sebegitu.
Sumber: Instagram @jannanick