Penyanyi rap Altimet yang merupakan salah seorang juri Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL37) tampil bersuara tentang penilaian juri pada malam berprestij itu.
Artikel Berkaitan: Altimet Serah Royalti Lagu ‘Aduh Malaysia’ Kepada Waris P. Ramlee – ‘Lagi Ramai Orang Nyanyi, Lagi Banyak Mereka Dapat’
Artikel Berkaitan: Sokong Kempen Kibar Bendera Putih, Altimet Akan Ronda Setiap Hari Jumaat Hulur Bantuan
Artikel Berkaitan: Aku Dah Penat, Kami Dah Penat, Setahun Lebih Kami Ikut Peraturan’ – Altimet
Berdasarkan melodi, lirik…
Menerusi hantarannya di Twitter, Altimet membalas satu tweet daripada seorang individu yang menyatakan bahawa pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan AJL37 mengetahui lebih awal tentang kemenangan berpihak kepada siapa.
Hal ini terjadi apabila terdapat satu tweet yang dibuat oleh Altimet sendiri apabila dia meminta orang ramai untuk berhenti menghantar DM kepadanya kerana dia telah menandatangani NDA (non-disclosure agreement).
Altimet yang merupakan juri pada malam itu, bertindak untuk memberi penerangan ringkas tentang cara penjurian dalam menilai finalis malam itu.
AJL adalah pertandingan tulis lagu, bukan nyanyi lagu. Jadi penilaian utama pada melodi, lirik. Gubahan dan persembahan juga diambil kira.
Jadi sebahagian markah tidak perlu diberikan dengan menonton persembahan. Tapi tak adil bila juri tak nilai penyampaian lagi tersebut.
Sumber: Twitter @altimet.eth