Kehadiran pelakon dan penyanyi Thailand Bright Vachirawit ke Malaysia sebagai penampilan istimewa di acara Kiehl’s Brightest Skin Experience diterima baik baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, nyanyian bintang popular itu menjadi perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Apa Kamu Buat Malam Ni? Semua Tak Cantik & Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’ – Nabila Razali
Netizen terhibur
Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, bintang popular itu membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu buat peminatnya seperti ‘Kan Goo’ dan ‘2gether The Series’.
Namun, nyanyiannya mencuit hati rata-rata yang mendengar kerana mereka mempersoalkan tentang suara Bright yang dilabel ‘sengau’.
Terdapat juga netizen yang sempat berseloroh pada ruangan komen apabila mengaitkan penyanyi dangdut Malaysia, Mas Idayu untuk memberi komen pada nyanyian pelakon drama F4 Thailand tersebut.
@yanietasha Finally today i dapat jumpa bright? and dia notice i omgg ?? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #brightinmalaysia #brightfans #brightvachirawit #fyp?
Henapa hengau ni…
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet berseloroh dengan nyanyian pelakon kelahiran Thailand itu apabila kedengaran kurang menyenangkan.
Sumber: TikTok @yanietashaa