Semalam, pengurus kepada Shila Amzah iaitu Aini memohon maaf bagi pihak penyanyi berkenaan kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan terhadap hantaran dimuat naik ibunya, Fauziah Sarman berhubung gangguan orang ketiga atau penyondol.
Artikel Berkaitan: ‘Shila Amzah Belum Sedia Beri Kenyataan’ – Pengurus
Artikel Berkaitan: Isteri ND Lala Sebak, Fail Permohonan Cerai?
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Yang Anggap Diriku Bahagia, Itu Kerana Aku Berhasil Sembunyi….’
Artikel Berkaitan: Netizen Serang Instagram ND Lala – ‘Saya Ada Popcorn Extra’
Hormat privasi Shila Amzah
Kemelut keluarga yang dihadapi penyanyi lagu Beribu Sesalan itu menyebabkan dirinya menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan ulasan lanjut mengenai bapanya yang juga merupakan penyanyi, ND Lala yang dikatakan telah pun berkahwin satu lagi.
Susulan daripada itu, Shila tampil memuat naik satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya, Greyscale Australia yang meminta jasa baik orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkaitan kemelut keluarganya itu.
Greyscale Australia, sebagai pengurusan global eksklusif untuk Shila Amzah, sedar akan spekulasi media mengenai kemelut keluarganya baru-baru ini.
Memandangkan spekulasi itu tidak berkaitan dengan operasi komersial syarikat itu, pendirian kami kekal neutral, kerana ia bukan dalam bidang kuasa kami untuk mengulas perkara sebegini.
Sebagai pengurus dan kawan kepada Shila dan keluarganya, saya menggesa semua orang untuk menghormati privasi mereka.
Netizen beri kata semangat
Untuk info, kemelut keluarga Shila Amzah mula menjadi bualan ramai selepas terdapat dakwaan yang mengatakan bapanya, ND Lala sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama rakan baik kepada Shila.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Sumber: Instagram