Pengurus, Shila Amzah iaitu Aini bagi pihak kepada artis berkenaan memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan terhadap hantaran ibunya, Fauziah Sarman berhubung gangguan orang ketiga atau penyondol.
Artikel berkaitan: Netizen Serang Instagram ND Lala – ‘Saya Ada Popcorn Extra’
Artikel berkaitan: ‘Banyak Yang Anggap Diriku Bahagia, Itu Kerana Aku Berhasil Sembunyi….’
Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala
Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya
Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?
Artikel berkaitan: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?
Belum sedia beri kenyataan
Menerusi laporan Media Hiburan, Aini berkata pihak Shila turut memohon sedikit masa dalam menghadapi situasi ini.
Saya Aini ‘personal manager’ kepada Shila. Minta maaf banyak-banyak, Shila tak dapat memberi apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Beri Shila sedikit masa.
Disoal mengenai keadaan Shila pada waktu ini, Aini memberitahu Shila berada dalam keadaan yang baik dan sedang mencuba menjernihkan keadaan.
Shila okay, Alhamdulillah. Biasalah, bila hal keluarga macam ni Shila sebagai anak sulung kena ambil tanggungjawab selesaikan ini sesama keluarga.
Tambah Aini, Shila belum bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa ini.
Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Mahligai cinta pasangan sejoli ini juga dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.
Sumber: Media Hiburan