Hasrat pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman untuk menimang cahaya mata tidak tercapai apabila penyanyi itu mengalami keguguran.
Artikel Berkaitan: Fuad Rahman & Tom Sah Bergelar Suami Isteri, Pilih Nikah Di Batam Indonesia
Aktif sangat
Ketika ditemui OhBulan!, Tom memberitahu dia keguguran pada hari Selasa dan pada ketika itu usia kandungannya baru memasuki tiga minggu.
Saya baru lepas keguguran dua hari lepas. Kandungan pun baru masuk tiga minggu.
Ia masih baru lagi dan senang nak ‘jatuh’ dan saya pula jenis seorang yang aktif.
Tom berkata demikian ketika Majlis Astro Screening 2023 yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, pada Khamis.
Tumpah darah
Kata Tom, 37, dia sudah merakam video kenangan untuk dikongsikan kepada peminat mereka berdua di media sosial.
Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan.
Apabila saya buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keguguran.
Dalam pada itu, pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah SWT.
Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya-Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima.
Pada hari yang sama, Tom memuat naik dua video di Instagram Stories yang memaparkan momen ketika dia memberitahu Fuad yang dirinya sedang berbadan dua.
Cerita Tom, Fuad sudah lama menanti kedatangan cahaya mata baru.
Kenangan baru-baru ini… Fuad nampak gembira sangat sebab dia memang nak anak. Dah lama dia tak ada anak lagi.
Kali terakhir ada anak semasa 19 dan 17 tahun lepas. Tapi.. mungkin sebab saya asyik cakap tak nak, tak nak.
Sekadar info, Tom dan Fuad berkahwin pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9).
Sumber: Instagram