Sebelum ini, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mendoakan yang terbaik buat menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana berikutan proses lafaz cerai hari ini.
Artikel berkaitan: ‘Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah, Ampunkan Dosa Mereka Yang Runtuhkan Masjidnya’ – Patimah Ismail
Artikel berkaitan: ‘Hari Raya Puteri Sarah & Anak-Anak Akan Membawa Diri Ke Luar Negara, Kejam Perbuatan Mereka’ – Patimah Ismail
Artikel berkaitan: ‘Khas Buat Puteri Sarah, Inilah Jalan Kehidupan Yang Kita Pilih’ – Patimah Ismail
Artikel berkaitan: ‘Jauhkanlah Hati Daripada Berprasangka Buruk Terhadap Orang Lain Terutama Emak Sendiri’ – Yusof Haslam
Artikel berkaitan: ‘Jangan Biarkan Mereka Berdua Memalukan & Menjatuhkan Maruah Jawi’ – Puteri Sarah
Artikel berkaitan: ‘Isteri Kedua Saya Memang Dengar Kata, Tak Pernah Keluar Kenyataan Apa Pun’ – Syamsul Yusof
Terbaru, Patimah memuat naik satu posting mengenai cucu-cucunya di Instagram Story.
Kenapa ayah tak tinggal dengan mama
Menurut Patimah, cucunya iaitu Sumayyah masih tidak memahami situasi yang berlaku di antara ibu dan ayahnya. Tambah Patimah, berbeza dengan Syaikhul yang sudah terbiasa hidup bersama Puteri Sarah tanpa Syamsul.
Hari ini, Puteri Sarah dan Syamsul hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lafaz cerai.
Terdahulu, 10 April lalu, Syamsul bersetuju melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana. Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan
Sumber: Patimah