Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh semestinya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Namun begitu, perjalanan untuk ke tahapnya yang sekarang merupakan satu perjalanan yang sukar buat anak kelahiran Ipoh, Perak itu.
Artikel Berkaitan: Bakal Pulang Ke Malaysia, Michelle Yeoh Bertemu Peminat Pada 18 April
Artikel Berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh
Artikel Berkaitan: Tak Jadikan Usia Sebagai Penghalang, Michelle Yeoh Kekal Aktif Raih Kejayaan
Perjalanan yang sunyi
Ketika ditemui OhBulan!, Michelle atau nama penuhnya Michelle Yeoh Choo Kheng menyatakan bahawa kejayaannya datang daripada sokongan orang Malaysia yang membuatkan dirinya melonjak naik. Tambahnya lagi, pencarian rezeki di negara luar adalah sesuatu yang sunyi.
Michelle, 60, meluahkan rasa syukur dengan sokongan daripada rakyat Malaysia yang membuatkan dirinya mengalirkan air mata ketika itu.
Terima kasih kerana sentiasa bersama sama sepanjang perjalanan ini.
Satu perjalanan yang tidak mudah sebenarnya. Ada masa saya rasa sunyi dan bimbang bila di tempat orang.
Saya dengar teriakan rakyat Malaysia memberi sokongan tempoh hari di sini. Bayangkan apa yang jadi kalau saya tak menang pada hari kejadian.
Tan Sri Michelle Yeoh berkata demikian pada sidang media ‘The Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet’ di Pavilion, Kuala Lumpur.
@ohbulanofficial Tahniah sekali lagi buat Tan Sri Michelle Yeoh ?????? #ohbulan #sembangentertainment #tansrimichelleyeoh #ucap #terimakasih #buat #peminat #malaysians
Juadah ikonik
Apabila ditanya tentang makanan yang dijamu ketika tiba di Malaysia, Michelle memaklumkan pelbagai jenis makanan yang dinikmatinya.
Saya dah makan kari laksa, nasi lemak, nga choy kai dan hor fun juga.
Sebab itu saya gemuk sedikit.
Sekadar info, Michelle merupakan rakyat Malaysia yang pertama dalam merangkul trofi Oscar sebagai Pelakon Wanita Terbaik Academy Awards yang ke-95, Mac lalu.