Tular baru-baru ini perkongsian seorang lelaki tentang pengalamannya menjadi mangsa buli di tempat kerja. Hantaran tersebut mendapat perhatian pelakon Ainul Aishah yang berkongsi pengalamannya sebagai pengasas, Ainul Cookies & Co.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Lelaki Tertekan Dibuli Majikan Sehingga Diminta Rujuk Ke IJN – ‘Usia 46 Tahun Kena Marah, Kena Maki’
Saya boss kene buli dengan staff
Menerusi perkongsian Instagram Story, Ainul Aishah mendedahkan dia pernah melalui situasi di mana pelakon tersebut dibuli oleh staf sendiri meskipun dia adalah bos dalam bisnes tersebut.
Dikatakan, pekerjanya tidak bertanggungjawab dan sewenang-wenangnya tidak hadir ke tempat kerja serta mematikan telefon supaya tidak dapat dihubungi. Pelakon tersebut juga sering menggantikan tempat pekerjanya apabila mereka tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya.
Most of my toxic ex staff selalu bullied me. Bullied us. Most of them are not responsible. if rasa tak nak kerja, just tak datang and terus off phone. Ada yang hilang berjam-jam waktu kerja. I selalu kene cover kerja-kerja budak-budak ini.
Ada yang pergi dating dengan boyfriend and balik lambat so tak nak datang kerja pagi and expect kita the boss ni baca message dia pagi-pagi tu and berlari-lari drive laju-laju pegi buat opening sbb dia tiba-tiba tak muncul.
I tak ada manager to handle. Im not 46 yet but i can related to him. Memang sakit hati bila kene buli. But in my case, bukan boss yang buli staff tapi terbalik. I selalu kene buli dengan staff and kene perli dengan staff pun ada.
Dalam pada itu, pemilik nama Ainul Aishah Azizun kecewa dengan sikap pekerja yang tidak menghormatinya sebagai orang membayar gaji mereka setiap bulan.
Budak-budak macam ni semua kurang ajar. I pon tak sangka jadi business owner at this age i kene buli macam zaman sekolah. Padahal kita yang prepare gaji-gaji budak kurang ajar ni every month.
But if tak pandai manage mental you, memang IJN jugalah jawabnya.
Sumber: Ainul Aishah