Pelakon Datin Seri Umie Aida berpendapat sebagai seorang manusia tidak sepatutnya mempunyai sikap bangga diri dengan amalan yang dilakukan.
Artikel Berkaitan: Umie Aida Luah Pendapat Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi? – ‘Bukan Nak Back Up, Tapi Bagi Mereka Ruang’
Artikel Berkaitan: ‘Motif Keluarkan ‘Footage’ Yang Belum Disunting Untuk Viral?’ – Umie Aida Dedah Erma Fatima Risau Tengok Babak ‘Panas’ Zul Ariffin
Jaga hubungan dengan manusia
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Umie berkata, sekiranya hidup mahu memperoleh reda Allah, kita hendaklah menjaga hubungan baik sesama manusia dan sang pencipta.
Media sosial adalah lubuk pahala dan dosa yang paling senang dilakukan. Kita bukan orang yang cukup amalan untuk kita banggakan.
Apatah lagi untuk terlalu yakin amalan kita diterima Allah SWT. Setidaknya kita berusaha melakukan perintah-Nya dan mencontohi tak banyak sedikit akhlak Rasullullah SAW.
Jaga hubungan kita dengan Allah dan jaga hubungan kita dengan manusia. Insya-Allah, Allah redha kehidupan kita.
Simple, tapi paling susah jaga hubungan dengan manusiakan. Kerana kita mudah menghukum mereka mudah mengikut hawa nafsu amarah.
Dalam masa sama, Umie turut mengingatkan dirinya dan orang ramai untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan tentang agama Islam.
Bukan mudah untuk mendidik hati ini. Tapi doa adalah hadiah buat kita umat Nabi Muhammad SAW.
Sama-sama kita berdoa dan berusaha tingkatkan ilmu untuk meraih keredaan-Nya. Sibukkan kehidupan kita dengan berzikir.
Sumber: Instagram