Usahawan dan pempengaruh terkenal, Puteri Zarith mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Momen Suami Isteri Berpelukan Sebelum Ke Mahkamah Syariah Undang Sebak – ‘Berpisah Bukan Bererti Membenci..’
Tiada persefahaman
Menerusi laporan Harian Metro, keputusan tersebut dibuat selepas mereka melalui proses perbincangan secara harmoni dan baik.
Kami sudah tiada persefahaman dan mengambil keputusan untuk berpisah serta fokus dengan kerjaya masing-masing. Hubungan kami mula bermasalah sejak lebih setahun lalu. Saya ambil keputusan untuk tidak teruskan perkahwinan ini supaya segala hal yang terjadi tidak memberi kesan buruk kepada kerjaya serta emosi anak-anak.
Saya enggan masalah (rumah tangga) ini terus berpanjangan. Rasa penat bila benda negatif berada di sekeliling kita. Saya pilih untuk fokus pada ketenangan dan tak nak masalah ini terus mengganggu segala misi yang ingin dicapai.
Ujar Puteri, dia sudah berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina hampir 14 tahun itu, namun menganggap jodoh mereka sampai di sini sahaja.
Tipulah kalau tiada usaha untuk berdamai sebab perkahwinan kami sudah lama. Masing-masing cuba mempertahankan rumah tangga ini, tapi mungkin jodoh kami sampai di sini.
Kami berserah kepada Allah. Sepanjang proses ini saya sudah lakukan solat istikharah dan mungkin ini jalan terbaik untuk kami.
Alhamdulillah hubungan kami masih baik terutama membabitkan urusan anak-anak walaupun mereka masih belum mengetahui mengenai perpisahan ini.
Sebelum ini, netizen sudah mula berteka-teki mengenai status rumah tangga pasangan ini apabila mereka jarang kelihatan bersama termasuk tiada posting bersama di media sosial.
Sumber: Harian Metro