Sebuah Universiti di Ireland bakal menawarkan ijazah pertama negara dalam bidang pempengaruh media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
Bidang ‘influencer’
Memetik laporan BBC, Sarjana Muda Sastera dalam Penciptaan Kandungan dan Media Sosial, di Southeast Technical University di Carlow akan dibuka untuk permohonan pada bulan November.
Ia dijangka menerima kumpulan pertama pelajarnya pada September 2024.
Menurut Dr Eleanor O’Leary iaitu pensyarah media dan komunikasi, kursus tersebut mengambil masa selama empat tahun dengan merangkumi kemahiran perniagaan, penyuntingan video dan audio, kajian budaya kritikal dan penulisan kreatif.
Tambahnya lagi, terdapat minat yang semakin meningkat terhadap bidang itu termasuk dalam kalangan pelajar dan majikan.
Jelasnya, sejak 2019, bidang berkenaan telah meningkat dua kali ganda dari segi nilai dan dianggarkan bernilai 16 bilion pound (RM91 bilion) di seluruh dunia.
Ia adalah bidang yang memerlukan kemahiran tertentu.
Ia menggunakan media sedia ada dan kemahiran perhubungan awam serta pemasaran tetapi ia juga merupakan satu bidang baharu yang perlu diterokai.
Dr O’Leary berkata kursus itu bertujuan untuk mendidik pelajar cara menarik lebih ramai audien dan cara bekerja yang betul dalam bidang perniagaan untuk mendapatkan wang.
Sumber: BBC