Bapa kepada remaja lelaki bersenjata yang melakukan serangan di pusat beli-belah Siam Paragon, telah berjumpa dan memohon maaf kepada ibu salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
Artikel Berkaitan: Insiden Siam Paragon: Polis Tahan Empat Individu Disyaki Jual Peluru & Pistol Kepada Suspek
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Saya Akan Mati Ke?’ -Anak Kembar Umur 5 Tahun Jadi Saksi Ibu Ditembak Di Siam Paragon
Artikel Berkaitan: ‘Suspek Dakwa Seolah Ada Orang Lain Minta Dirinya Lakukan Tembakan Rambang’ – Ketua Polis Negara Thailand
Melutut untuk minta maaf
Menerusi laporan Khaosod, bapa suspek hadir ke majlis pengebumian Moe Myint, atau Tawan, seorang pekerja Myanmar, 31 di Kuil Phasukmanijak, Nonthaburi. Dia bertemu dengan ibu Tawan, dan berlutut untuk meminta maaf kepadanya.
Walaupun masih bersedih, ibu kepada mangsa tetap menerima dan memaafkannya. Tambahnya lagi, ia bukan salahnya tetapi anaknya, kerana dia sebelum ini menyatakan bahawa ibu bapa suspek itu pasti turut sedih atas tindakan anak mereka.
Dalam pada itu, bapa suspek turut membawakan sampul wang kepadanya, tetapi dia enggan menerimanya kerana tiada apa pun yang dapat menggantikan nyawa anak perempuannya.
Bapa suspek juga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Pada masa yang sama, pegawai Institut Perubatan Forensik, Hospital Polis, mendedahkan bahawa wakil keluarga Cik Zhao Jinnan, 34, yang merupakan seorang lagi mangsa kejadian ini, akan datang ke Institut Perubatan Forensik, Hospital Polis, untuk menuntut mayat selepas membuat perbincangan dengan pihak kedutaan untuk menghantar jenazah ke China untuk upacara pengebumian.
Sekadar info, keluarga mangsa tembakan di pusat beli Siam Paragon akan menerima pampasan gabungan sebanyak 6.2 juta baht (RM790,896.80), di mana 5 juta daripadanya datang dari pusat beli-belah itu. Lima yang cedera akan menerima 350,000 baht (RM44,647.40) setiap seorang.
Sumber: Khaosod