Penyanyi Azharina gagal menahan air mata apabila diminta mengulas mengenai persembahannya membawakan lagu Sayang Disayang pada konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza, malam tadi.
Artikel Berkaitan: ‘Seminggu Simpan Perasaan, Menangis & Cakap Seorang Diri’ – Azharina Berjaya Menjiwai Lagu ‘Ayah’
Artikel Berkaitan: Azharina Sudah Serah 213 Senarai Lagu Untuk GV – ‘Semua Saya Boleh Nyanyi’
Sedih sebab bersalah
Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata dia menangis bukan kerana terasa hati dengan komen kurang baik yang diberikan barisan juri, sebaliknya berasa bersalah dengan empat orang guru yang mengajarnya tentang irama keroncong.
Saya minta maaf pada Tok Ram dan empat orang guru saya. Itu adalah tanggungjawab saya sebagai anak seni untuk mempelajari kekurangan.
Pada masa saya tidak boleh menipu yang wujud perasaan bersalah dengan empat orang guru saya, saya hubungi guru-guru saya kemudian menangis.
Saya tidak mampu membahagiakan mereka, saya minta maaf kerana kekhilafan saya tidak dapat buat yang terbaik. Itu yang saya sedihkan.
Saya menitiskan air mata memohon maaf kepada guru-guru saya yang empat orang yang mengajar lagu keroncong.
Kerana sebagai anak murid harus menghormati orang terdahulu sebelum kita. Saya tidak pernah ambil berat tentang komen, sebab komen bagus.
Azharina berkongsi mengenai perkara itu ketika sesi sidang media konsert All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.
Dalam masa sama, pelantun lagu Elegi Sepi itu menafikan dirinya bersikap kurang ajar apabila dikatakan menjawab komen yang diberikan barisan juri.
Saya menjawab perkara yang common sense, suara memang pinjaman daripada tuhan, Allah yang punya. Yang baik semua datang daripada-Nya.
Saya bersyukur setakat ini dengan suara ini juga dapat mencari nafkah, untuk keluarga dan anak-anak.
Saya tidak terasa hati dengan komen daripada juri kerana mereka dibayar untuk mencari kesalahan dan menegur kesilapan saya, sebaliknya saya berterima kasih kepada juri.