Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan memperdaya dua wanita berkaitan tawaran pinjaman tidak wujud serta menyimpan gambar lucah.
Artikel Berkaitan: Remaja Bawah Umur Jual Ratusan Gambar, Video Lucah ‘Gay’ Serendah RM3
Artikel Berkaitan: Polis Siasat Suami Ketagih Pornografi, Paksa Isteri Pakai Macam ‘Pornstar’
Tiga pertuduhan
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, Majistret Sharda Shiena Mohd Sulaiman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM12,000 terhadap tertuduh iaitu Ahmad Saifullah Abdul Khalid selepas menerima pengakuan tersebut di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa.
Menerusi fakta kes, tertuduh berusia 33 tahun itu mula berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Omi sebelum menawarkan pinjaman wang dengan syarat mangsa perlu melakukan hubungan seks.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Ahmad Saifullah telah memperdaya dua orang wanita dengan tawaran pinjaman tidak wujud bernilai RM300 dan RM2,000 selain mendorong mangsa berusia 19 dan 33 tahun itu untuk melakukan hubungan seksual.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada 21 Mac lalu jam 12.40 tengah malam di sebuah hotel di Jalan PM4 Plaza Mahkota dan pada 1 Oktober lalu, kira-kira 11 pagi di sebuah rumah di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Baru.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, bagi pertuduhan ketiga, lelaki tersebut didakwa memiliki tujuh keping gambar lucah di dalam telefon bimbitnya iaitu pada 3 Oktober lalu jam 1.56 tengah hari di sebuah sekolah agama di Bukit Lintang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) KK yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Susulan itu, tertuduh yang tidak mewakili peguam itu berkata dia sudah bertaubat dan berjanji tidak akan ulang kesilapannya selain merayu kepada mahkamah untuk meringankan hukuman dengan alasan menanggung isteri yang masih belajar, dua anak dan ibu bapanya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau tiga bulan penjara jika tertuduh gagal membayar untuk setiap pertuduhan Seksyen 417 KK. Bagi pertuduhan memiliki bahan lucah dia didenda RM5,000 atau 10 bulan penjara.
Sumber: Harian Metro