Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menafikan dirinya masih tidak dapat melupakan aktor itu apabila gambarnya digunakan bagi mempromosikan sebuah produk.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Delete, Tukar Gambar Lain Sebelum Saya Ambil Tindakan’ – Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: Tak Nak Diri Diperguna, Shuhada Pesan Jangan Terlalu Percaya Pasangan – ‘Letakkan 10% Ragu-Ragu’
Nafi tak move on
Shuhada ketika dihubungi OhBulan! berkata, perkongsian yang dimuatnya baru-baru ini telah disusun oleh pihak pemasaran jenama tersebut.
Malah, Shuhada menyatakan dirinya tidak terlibat dengan jalan cerita dan konten yang ingin digunakan.
Sebenarnya saya sebagai duta untuk jenama Berryshape, memang sudah ada jadual berkala untuk posting dekat social media dan semua semua content kerja itu secara terus daripada Berryshape HQ.
Saya tiada kuasa dengan storyline atau lagu yang mereka nak pakai atau gambar yang ingin digunakan. Jadi nak cerita pasal saya tak move on ni panjang cerita.
Dalam pada itu, Shuhada berkata tidak menjadi masalah untuk menggunakan gambar bekas suaminya memandangkan foto tersebut boleh di akses sesiapa pun di carian Googgle.
Apa-apa pun untuk gambar yang digunakan tu pun sebenarnya bukan gambar privasi pun, gambar yang sesiapa boleh cari dekat google. Nothing special, orang tahu.
Sama ada, pihak Berryshape kaburkan atau tidak, gambar tu memang ada public access untuk semua, jadi bukan masalah besar. Mungkin betul lah netizen cakap dia nak menjaga hati pihak sebelah sana.
Terdahulu, Hafidz mendakwa Shuhada masih tidak move on apabila menggunakan gambar miliknya untuk untuk tujuan mempromosikan sebuah produk di Instagram.
Malah, Hafidz turut memberi amaran kepada bekas isterinya untuk memadam gambar tersebut sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.