Persembahan duo beradik iaitu Ryan dan Adam Bakery pada minggu keempat di pentas Famili Duo mendapat pujian daripada barisan juri tetap.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Dapat Siap Awal Dari Segi Konsep & Lagu’- Ryan & Adam Bakery Teruja Nak Buat Persembahan Bertemakan Rock!
Artikel Berkaitan: Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ini Respon Ryan Bakery – ‘Kami Tak Rasa Apa-Apa, Kami Bukan Penyanyi..’
Adam dan Ryan terima pujian
Ajai selaku salah seorang juri tetap akui bahawa prestasi persembahan Adam dan Ryan Bakery semakin meningkat. Malah duo beradik ini dikatakan semakin bijak menguasai penggunaan pentas.
Semakin pintar menggunakan stage! Bila korus, part unison (serentak) dan pandai membahagikan octave (selang antara muzik) itu satu pembelajaran yang saya rasa cepat. Cuma ada satu perkara yang kena kemas kini kerana ini adalah persembahan ‘live’.
Ryan perlu bersikap rileks dan yakin sebab kesilapan-kesilapan kecil ini boleh ganggu konsentrasi di atas stage. Apa yang penting, setiap pembetulan yang kamu buat itu adalah cepat.
Sementara itu, Mas Idayu turut berpuas hati dengan peningkatan vokal Adam dan Ryan berbanding persembahan mereka pada minggu-minggu yang lalu.
Kalau boleh mummy nak tekankan artikulasi kena jelas, konfiden perlu ada, dan nyanyian awak agak terjaga dari sebelum ini. Vokal Ryan dan Adam minggu ini balance (seimbang). Dua-dua bagus dan tidak mengecewakan mummy untuk minggu ini.
Pada minggu kelima pula, peserta Famili Duo akan membawa konsep ‘Idola / Lagenda’?. Mampukah mereka memperoleh markah yang tinggi daripada juri? Lagu apakah yang akan dibawakan mereka? Sama-sama kita saksikan Famili Duo yang bersiaran secara langsung setiap hari Ahad jam 9 malam hanya di TV3.
Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 29 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.