Penyanyi Nikki Palikat memaklumkam kedua-dua bahagian lututnya lebam selepas melakukan aksi menggelunsur di atas pentas sewaktu sesi raptai konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Tiada Penyingkiran! 8 Bintang ASGV Berjaya Ke Final
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Tak Sihat & Hilang Suara, Dia Tetap Berikan Yang Terbaik’ – Peminat Doa Liza Hanim ‘Come Back Stronger’
Buat aksi menggelongsor
Ketika ditemui OhBulan! Nikki berkata tindakannya untuk melakukan aksi tersebut kerana mahu menunjukkan ‘watak ganas’ selain ingin menjiwai lagu yang dibawakan berjudul Pelesit Kota dan Gemuruh.
Lutut saya memang sakit waktu buat aksi ‘slide’ (menggelunsur) dari waktu raptai lagi.
Aksi itu saya buat secara spontan sebab macam kena dengan lagu dan tema rock minggu ini.
Saya cuba untuk plan setiap pergerakan atas pentas, tapi pada saya rock itu tidak boleh dirancang.
Kena dengar lagu itu dan menyatu dengan muzik, kemudian aksi dan pergerakan itu akan natural keluar.
Sekali tengok lutut saya lebam dua-dua belah. Tapi bila dah dengar je muzik, saya redah je dah tak kisah lebam atau apa.
Nikki berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Berkongsi lanjut mengenai perasaan berjaya mara ke konsert akhir, pelantun lagu Caramu itu meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada barisan juri serta peminat.
Bersyukur sangat-sangat dapat ke konsert final, saya amat beterima kasih kepada juri dan peminat yang tidak putus sokong saya. Sebelum ini tak pernah duduk ‘top 3’, rasa sangat lega bila berjaya.
Sejujurnya lagu gemuruh dan pelesit kota yang saya bawakan itu saya tak familiar langsung, gemuruh itu lirik yang mempunyai makna sangat tinggi.
Saya perlu google untuk fahamkan makna lirik, susah juga nak hafal lirik. Sama juga macam lagu Pelesit Kota, lepas research baru saya tahu apa itu pelesit, ia merupakan belalang.
Selain Nikki, tujuh bintang lain turut berjaya ke peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza iaitu Jaclyn Victor, Hardy Mirza, Liza Hanim, Azharina, Naqiu, Tomok dan Siti Nordiana.