Kemelut antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suami yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali nampaknya masih belum menemui titik penyelesaian.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berminat Nak Berurusan Soal Anak Dengan Orang Ketiga’ – Shakilla Khoriri
Tengok jauh mana boleh lari
Terbaru, Fizi Ali memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu yang sedang berlaku di mahkamah.
Seperti yang dijangka. Call tak berangkat Whatsapp tak di reply. Lari la jauh mana boleh lari. Tengok jauh mana boleh lari lagi. Pusing selagi boleh pusing. Date dah dapat, kita akan selesaikan di tempat sepatutnya. Sabar sikit lagi daddy jumpa awak. InshaAllah.
Terdahulu, Shakilla menafikan dakwaan dia sengaja memisahkan Fizi dengan anak tunggal mereka, Ameena Sofia.
Saya malas nak ulas benda-benda murahan macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan.
Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang.
Aktres berumur 34 tahun turut mengakui dia telah menyekat nombor Fizi di aplikasi WhatsApp. Katanya, dia enggan berurusan mengenai anak dengan orang ketiga.
Sumber: Fizi Ali