Semenjak kontroversi berhubung masalah keluarga menjadi perhatian ramai, penyanyi Syada Amzah sering kali dihujani dengan kecaman dan kritikan daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tarik Balik Kecaman, Puji Suara Syada Amzah ‘Cover’ Lagu Tagalog – ‘Sedap Sangat, Kembangkan Di Luar Negara’
Artikel Berkaitan: ‘Sudah 2024, Tolonglah Sayang Pahala Korang, Hidup Kita Semua Dah Tak Lama Mana’- Syada Amzah
Hadiah hari jadi
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendedahkan satu komen berbaur negatif yang ditulis oleh seorang pengguna media sosial.
Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lambat lagi dik..
Dalam hantaran yang sama, Syada kemudian menyelar individu tersebut dan berkongsi bahawa dia bakal terbang ke luar negara hasil daripada usahanya merakam semula atau ‘cover’ beberapa buah lagu dalam bahasa asing sebelum ini.
Hadiah hari jadi tahun ini. Baru Januari dah ada tiga negara! Tapi saya dapat tawaran pergi ke negara yang merupakan salah satu bahasanya saya dah ‘cover’. Syukur Alhamdulillah!
Terima kasih haters, tanpa mulut awak yang masin saya tak dapat tawaran ni.
Bagaimanapun Syada tetap bersyukur kerana masih ramai peminatnya yang tidak putus-putus menyokong dan mendoakan kejayaannya.
Terima kasih kepada penyokong sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik, doa-doa yang baik. Semoga semua perkara baik berbalik kepada awak dan keluarga. Amin Ya Allah.
Terdahulu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini dilihat kerap memuat naik video-video yang memaparkan dia sedang bernyanyi lagu-lagu dalam bahasa asing antaranya bahasa Arab, Tagalog dan bahasa Sepanyol.
Sumber: IG Syada Amzah