Pelawak dan usahawan Shuib bersama isteri Watie Hanifiah dan ketiga orang anak mereka kini sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.
Artikel Berkaitan: Shuib Mohon Doa Orang Ramai, Tunai Umrah Bersama Keluarga – ‘Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tak Terlepas Dari Dosa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sebak Akhirnya Hasrat Tercapai, Bertemu Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi – ‘Dia Cuma Senyum Tengok Saya’
Cinta hati Shuib
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi foto bersama Watie dan anak-anaknya ketika mereka berada di Jabal Rahmah.
Paling tersentuh apabila aktor berusia 40 tahun itu turut mengimbas kembali momen bersama arwah Siti Sarah ketika mereka berkunjung ke tempat yang sama kira-kira enam tahun lalu.
Assalamualaikum cinta.
Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan dua cinta. #2018/2024.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sayu melihat foto arwah Siti Sarah dan dalam masa yang sama mereka turut mengagumi keperibadian Watie sebagai isteri serta ibu tiri.
Gambar terakhir tu macam Sarah memandang semua dari kejauhan, sendiri. Al-Fatihah.
Gambar tu sesuatu erti yang mendalam, melihat kejauhan sempurnanya anak-anak, Shuib dan Watie. Semoga Allah beri kebahagian pada Shuib, insyaAllah arwah gembira dekat sana.
Arwah senyum gembira dalam gambar tu sebab suami dan anak-anak djaga baik ditangan orang yang baik.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass Heights.
Sumber: IG Shuib