Sejak viral berita kehilangan Mohamad Ashraf Hassan sewaktu menyertai acara larian Gopeng Ultra Trail ramai yang turut membantu dalam misi mencari Acap termasuk Pihak Bomba dan Penyelamat, dan pengamal ilmu kerohanian Islam.
Namun, hari ini telah masuk hari yang ke-23, jejak Acap masih gagal ditemui. Menerusi Facebook NOSPAN, abang kepada Acap iaitu Mohammad Azlan meminta orang ramai menghentikan pencarian ini.
Laporan penuh polis
Foto yang dimuatnaik menerusi Facebook NOSPAN ini menyaksikan sekeping laporan polis telah dibuat Mohammad Azlan Bin Hassan dipercayai abang kepada mangsa. Salinan laporan ini menunjukkan butiran laporan dan meminta orang ramai termasuk sukarelawan tidak datang ke lokasi kejadian lagi.
Hentikan spekulasi tidak benar
Saya Mohammad Azlan bin Hasan mewakili pihak keluarga datang ke Balai Polis Gopeng untuk membuat laporan polis meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian.
Setelah berbincang dengan Ketua Kampung Pintu Padang saya membuat satu laporan polis supaya semua pihak menghentikan spekulasi tidak benar tentang kehilangan adik saya.
Sumber: NOSPAN