berita

‘Korang Tak Tahu Perkara Sebenar..’ – Sering Dihina & Dikecam, Adik Tampil ‘Back-Up’ Janna Nick?

February 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon dan pengacara terkenal iaitu Janna Nick menjadi buah mulut netizen apabila dia dikatakan telah mencetuskan kontroversi hingga mengundang kemarahan peminat artis Korea.

Artikel Berkaitan: Nyahaktif Laman Sosial, Janna Nick Nak Fokus Shooting Drama

Artikel Berkaitan:  Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-Pop

Artikel Berkaitan:  Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

Terbaru, adik kepada pelakon ini iaitu Kissya Nick telah membuka mulut berhubung isu yang menimpa kakaknya itu.

Respon Kissya Nick

Kissya Nick ada memuatnaik beberapa video pendek di akaun TikTok miliknya dengan mengatakan dia hanya memerhati orang ramai mengutuk serta mengecam tindakan kakaknya, Janna Nick tanpa mengetahui perkara sebenar. Jelas Kissya lagi, ada juga dalam kalangan netizen tergamak bercakap buruk tentang dirinya hanya kerana dia mengaku Janna Nick itu adalah kakaknya. Kissya dengan tenang memberitahu bahawa dia tidak kisah dengan cacian dan makian yang dilemparkan kepadanya itu.

‘Cakap lah apa yang korang nak’

Menurut gadis ini, dia tidak boleh mendedahkan atau menceritakan perkara sebenar kerana itu adalah satu amanah yang perlu dijaga. Tetapi dia meminta supaya orang ramai melihat situasi tersebut dari sudut positif. Jelasnya, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan maka jadikannya sebagai satu pengajaran dalam hidup. Sementara itu, Kissya sempat menasihati orang ramai supaya hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tak tahu perkara sebenar

@kissyanicki mean yall dont know the truth… so yall in danger #jannanick #fyp? presleywalker – PresleyWalker

Sumber: Kissya Nick

SKIP THIS AD ×