berita

Adun Jeram ‘Sediakan’ Restoran Mamak Sebagai Tempat Untuk Kelas Online

February 2nd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya mempelawa ibu bapa di DUN itu yang tidak mempunyai akses internet untuk menggunakan sebuah restoran mamak sebagai tempat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Artikel berkaitan: KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7

Artikel berkaitan: Taja 10 Ribu Pelajar Pembelajaran Atas Talian Secara Percuma, PTTI Lancar Seminar Mampu Skor SPM

Restoran mamak sebagai tempat belajar

https://www.facebook.com/1566891577/posts/10218357856048883/?d=n

Menurut perkongsian yang di muat naik di Facebook beliau, Mohd Shaid Rosli telah selesai bertemu dengan pemilik premis tersebut dan meminta kepada sesiapa yang ingin menggunakan premis tersebut untuk mendaftar di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Jeram.

Saya tahu ramai ibu bapa yang parking kereta di Tesco untuk dapatkan rangkaian internet. Terpaksa meneman anak 3-4 jam. Selain itu ada juga ibu bapa yang tidak mampu membelikan data internet.

Itulah yang ditulis di status Facebook beliau. Beliau juga memberitahu bahawa beberapa kawasan seperti Bukit Hijau dan Alam Perdana amat memerlukan liputan internet sepanjang tempoh PdPR.

Itulah antara sebab Mohd Shaid menggalakkan untuk PdPR di restoran mamak tersebut. Sebelum ini beliau turut membantu penduduk di DUN Jeram yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memberikan makanan percuma pada Jumaat. Beliau juga turut merancang untuk menyediakan makanan percuma selama lima hari menerusi inisiatif yang ‘kantin rakyat’ dengan bungkusan makanan tengah hari dan malam bermula Februari.

Sumber: Shaid Rosli

SKIP THIS AD ×