berita

Ahli Perniagaan Nak Tolong Bayar Kompaun Isteri Ziarah Suami Di SJR Pada Aidilfitri

May 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral sekeping foto menyaksikan seorang isteri bersama tiga anak dipercayai menziarah suaminya ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, Putrajaya jadi tumpuan ramai. Namun, berdasarkan hasil siasatan mendapati mereka sekeluarga tinggal di daerah Putrajaya.

Artikel berkaitan: Viral Foto Ziarah Suami Ketika Bertugas SJR, Wanita Dikompaun RM2k

Susulan daripada penularan foto tersebut, wanita itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dipercayai melanggar SOP. Namun tidak lama kemudian, seorang ahli peniagaan yang dikenali sebagai Datuk Sunny Ung berhasrat untuk membayarkan kompaun tersebut kerana kasihan pada wanita itu.

Kasihan dan terkilan

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Sunny Ung menganggap kehadiran isteri bersama anak-anak ke lokasi suaminya bertugas adalah dilihat sebagai sebuah pengorbanan. Ahli perniagaan itu akan berhubung dengan keluarga tersebut untuk urusan pembayaran kompaun.

Saya kasihan dan terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. Saya akui walaupun sedih, ia tetap menjadi kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). Namun, untuk kes berkenaan, budi bicara juga perlu kerana isteri dan anaknya membawa juadah raya dan ingin beraya dengan seorang ayah.

Wanita itu juga menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan menghantar juadah raya kepada suami yang terpaksa bertugas.

Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, kita tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×