berita

#AJL37: ‘Look Letop’ Ala Rapaul Drag Race, Jihan & Sherry Bakal Tampil Kreatif Dengan Satu Busana Tapi Pelbagai Gaya

February 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gandingan mantap Sherry Alhadad dan Jihan Muse bakal mencuri tumpuan penonton malam ini dengan menggayakan busana ilham daripada program realiti Amerika Syarikat, Rapaul Drag Race di pentas Anugerah Juara Lagu ke -37 (AJL 37).

Artikel Berkaitan: #AJL37: Batuk Belum Sembuh, Shiha Zikir Mohon Peminat Titip Doa

Artikel Berkaitan: #AJL37: ‘Chemistry’ Shila Amzah & Liza Hanim Padu, Bakal Tampil Dengan Busana Istimewa Untuk ‘Bahagiakan Dia’

Busana Bertukar Pelbagai Gaya

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk mengendali AJL 37 malam ini kerana busana yang akan dipakai boleh bertukar dengan macam-macam gaya.

Baju yang akan kami pakai nanti boleh bertukar pelbagai gaya. Sekejap jadi macam ini. sekejap jadi macam itu. Memang kreatiflah perekanya.

Menurutnya lagi dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil busana itu setelah bersepakat bersama Jihan Muse untuk memakai hanya satu busana sahaja.

Persiapan AJL 37

Sherry Alhadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, menyatakan bahwa dia dan Jihan gementar untuk AJL kali ini kerana kembali mengacara di hadapan ribuan penonton.

Mengulas lanjut, Sherry berkata mereka berdua juga telah melakukan persiapan lengkap dari segi skrip dan mencari infomasi lain menerusi sesi raptai.

Semalam kami pergi ke Axiata Arena untuk melihat sendiri persembahan finalis. Daripada situ, kami boleh dapat maklumat tambahan untuk dijadikan bahan.

Hos rancangan The Sherry Show itu menegaskan bahawa unsur jenaka yang akan diselitkan bersama Jihan tetap ada untuk memeriahkan program namun tidak akan berlebihan kerana anugerah berprestij ini tertumpu kepada pengitirafan penulis lirik, penyanyi dan komposer.

Membawa tema Dimensi Muzik, AJL 37 kali ini menyaksikan kali pertama gandingan dua hos wanita mengendalikan dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di TV3.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×