berita

Akan Ambil Tindakan – Didakwa Menipu & Sunting Wajah Guna Camera 360, Ini Kenyataan Lelaki ‘Wajah Anime’

July 10th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sejak minggu lalu viral di media sosial kisah seorang jejaka bernama Miyyo Rizone yang dikatakan menghabiskan lebih RM200,000 untuk mengubah wajahnya menyerupai karakter anime Final Fantasy.

Namun menurut seorang rakan terdekat Miyyo, Bella Barbie membuat pendedahan mendakwa cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Pendedahan rakan

Dakwa Bella lagi lelaki tersebut menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus untuk menukar muka menyerupai watak anime. Susulan pendedahan tersebut, ini kenyataan terbaru Miyyo.

Memandang serius

Saya tidak mahu membesarkan perkara ini kerana sudah terlalu banyak penghinaan yang diterima sejak gambar wajah saya menjadi tular kira-kira sebulan lalu. Saya tak minta untuk ditularkan dan tak minta perhatian orang ramai.

Bila kamu sudah publisitikan saya, sekarang nak cakap saya menipu. Bagi saya masa dan ruang untuk tenangkan hati. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan

Kami pun tak pasti kenyataan siapa yang betul tapi kami perhati je bantal bergerak-gerak dekat kawasan leher Miyyo dalam video itu.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×