berita

Aku Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwin Segelas Ais Cendol!

February 19th, 2019 | by Ai
Kini Trending

cendol

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya majlis pernikahan. Kalau di Malaysia, setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin yang berbeza-beza mengikut negeri.

Tapi, lain pula cerita mas kahwin pasangan dari Indonesia ini di mana mereka memilih segelas cendol sebagai mas kahwin. Sangat bersederhana kan?

Hanya sekali lafaz

https://www.facebook.com/muktar.nawawi/videos/pcb.2472824526092079/2472822066092325/?type=3&theater

Video pernikahan pasangan ini dikongsikan oleh Bagus Yudhistira di laman Facebooknya pada 30 Januari lalu dan tidak diketahui lokasinya. Berwalikan bapa pengantin, pasangan ini sah diijabkabulkan dengan surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.

Dengan mas kahwin segelas cendol sah!

Minum cendol tanda ‘terima’

https://www.facebook.com/muktar.nawawi/videos/pcb.2472824526092079/2472824016092130/?type=3&theater

Sejurus selepas akad nikah, pengantin lelaki telah menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan. Sebagai tanda ‘terima’, pengantin perempuan meminum cendol tersebut.

Tunggang motosikal sebagai simbolik

mas kahwin

Lebih unik lagi, sebagai simbolik perkahwinan, pengantin lelaki telah menunggang sebuah motosikal yang telah diubah suai untuk kelengkapan jualan cendol menuju ke rumah pengantin perempuan.

Sumber: Bagus Yudhistira

SKIP THIS AD ×