Pelakon meningkat naik, Amelia Christie berkongsi tentang cara bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas melalui fasa perpisahan.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Adalah Permulaan Untuk Mencintai Diri Sendiri’ – Amelia Christie
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Hubungan Kami Selama Ini, Saya Terima’ – Amelia Christie
Cara untuk move on
Menerusi hantaran di Instagram Story, Amelia atau nama penuhnya atau Amelia Christie Lim menjawab soalan daripada salah seorang pengikutnya.
Menurut Amelia, untuk meneruskan kehidupan selepas berpisah, seseorang itu perlu melakukannya mengikut cara masing-masing dan tiada tempoh masa yang tertentu.
Untuk teruskan ianya mengambil masa dan ia akan menjadi sukar jika berada di dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Tiada jadual masa yang pasti untuk mengatasi fasa perpisahan, jadi terpulang kepada awak untuk beri diri awak masa yang awak perlukan.
Ikutlah diri awak sendiri dan jangan biarkan orang lain beritahu awak bila masanya untuk ‘move on’. Itu adalah hati awak dan awak lebih mengenali diri awak sendiri.
Selain itu, aktres berusia 24 tahun ini juga mengakui, selepas melalui fasa perpisahan semestinya sukar untuk mengawal emosi. Bagaimanapun, Amelia mengingatkan bahawa setiap dugaan yang tempuh haruslah diselitkan dengan doa.
Kadang kadang rasa seronok, rasa nak nangis dan kadang kadang juga rasa rindu. Rasanya normal la kan kita bukannya robot boleh lupa macam tu saja.
Kalau Allah dah cakap titik, jangan ubah jadi tanda tanya. Doa saja yang terbaik untuk yang di sana, insya-Allah yang baik-baik saja untuk kita juga. Amin.
Dalam pada itu, pelakon drama Histeria The Series tersebut turut berkongsi bahawa dia kini tidak mempunyai teman istimewa malah lebih selesa sendiri.
Tidak, saya tidak mempunyai teman lelaki, saya tidak mahu. Saya ‘single’ dan tak mahu menjalinkan hubungan.
Terdahulu, hubungan Amelia dan aktor, Sharnaaz Ahmad dikatakan sudah berakhir selepas mereka berdua didapati tidak lagi mengikuti di akaun media sosial masing-masing.
Sumber: IG Amelia Christie