Penyanyi Ernie Zakri terkilan dengan komen-komen negatif segelintir netizen terhadap anak perempuannya iaitu Nur Khawla Soleha di media sosial.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Dia Sakit, Tak Boleh Terima Perkahwinan Kami’ – Ernie Zakri
Artikel berkaitan: Syamel Terbuka Khawla Jadi Artis, Pendidikan Tetap Keutamaan – ‘Nampak Dia Minat Semua Itu Tapi Saya Taknak Paksa’
‘Apa salah anak saya?’
Memetik laporan Harian Metro, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, akui berasa sedih Khawla diperlakukan seperti itu.
Menurutnya, meskipun terbuka dengan sebarang teguran namun dia tertanya-tanya kenapa anaknya menjadi bahan serangan netizen.
Sebagai selebriti yang sering jadi perhatian, saya dan suami, Syamel tahu kami tidak dapat lari daripada menerima komen-komen negatif daripada netizen, tapi untuk Khawla, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Kadang-kadang bila kita muatnaik video Khawla gelak pun atau Khawla merajuk, ada orang yang kata, dia ini bukan comel sangat pun. Jadi, saya tak tahu apa kesalahan anak saya terhadap anda (netizen).
Sebagai emak, saya macam berfikir anak saya salah apa? Tapi, ia adalah satu perkara yang semula jadi sebab bila kita sendiri yang berkongsi mengenai anak di media sosial, kita kena tanggunglah risikonya.
Letak had kongsi tentang Khawla
Disebabkan itu, Ernie dan suami, Syamel mengambil pendekatan untuk meletakkan sedikit had dalam berkongsi tentang anak perempuannya di media sosial masing-masing.
Apabila dapat komen sebegitu, kami meletakkan sedikit had untuk tidak selalu membuat kongsi video Khawla di media sosial. Ini kerana, pada penghujungnya orang boleh cakap apa saja, tapi kita yang menjalani kehidupan itu.
Walaupun saya dan Syamel tidak terlalu ambil hati dengan apa yang ditulis (komen), namun kami sedar risiko perlu ditanggung. Jadi, ada masa kalau ‘mood’ saya baik, saya akan kongsi banyak mengenai Khawla.
Bagaimanapun, pelantun lagu Astana ini juga mahu memberi pendedahan awal kepada Khawla tentang kehidupan ibu bapanya sebagai orang seni.
Kalau rasa taknak kongsi, saya tidak muatnaik langsung. Tapi, saya bukanlah emak yang terlalu mengongkong sebab anak saya pun perlu menjalani kehidupan biasa sebagai anak kecil yang bila keluar ke mana-mana akan ada orang yang menegurnya.
Jadi, saya juga mahu dia memahami ibu dan bapanya adalah penyanyi. Kalau saya terlalu nak sorokkan dia, takut Khawla bila keluar nanti jadi pelik. Oleh itu, pengenalan pada waktu awal ini adalah perkara penting, tapi perlu kami kawal dan pantau.
Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.