Sekadar gambar hiasan
Apabila tiba hari raya pastinya duit raya menjadi penantian oleh kanak-kanak mahupun yang sudah dewasa. Namun, tidak ramai yang mengetahui hukumnya bila seseorang itu meminta duit raya.
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Kunjung-Mengunjung, Ini 5 Cara Bagi Duit Raya Musim PKPB Ini. Syoknya!
Artikel Berkaitan: Anak Neelofa Dapat Duit Raya RM14 Ribu
Artikel Berkaitan: Dapat Banyak Duit Raya, Hasrat Anak Tya Arifin Nak Tolong Orang Susah Buat Netizen Tersentuh
Berdosa ke?
Pemberian duit raya merupakan salah satu ibadah bersedekah. Ianya tidak wajib untuk diberi pada hari raya. Menurut Riwayat Muslim, jika seseorang individu itu meminta-minta maka sangatlah dilarang dalam agama.
Siapa meminta-minta untuk menambahkan hartanya, sungguh dia telah meminta bara api.
Tambah Iman An-Nawawi, hal ini mendapat kata sepakat daripada para ulama bahawa jatuh hukum haram jika meminta-minta dan ketika itu bukan dalam keadaan darurat. Namun, tetap haram jika darurat tetapi mampu bekerja.
Walau bagaimanapun, sebahagian ulama mengatakan ianya makruh.
Sumber: Twitter @addien90s