Foto: The Star
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan penggunaan aplikasi MySejahtera masih diperlukan ketika negara berada dalam Fasa Peralihan Endemik bagi tujuan kesihatan awam.
Artikel Berkaitan: Khairy Nafi Kerajaan Akan Jual Aplikasi MySejahtera Kepada Pihak Swasta
Artikel Berkaitan: Malaysia Masuki Fasa Endemik Bermula 1 April, Pintu Sempadan Dibuka Sepenuhnya
MySejahtera kesan kontak rapat kes positif
Foto: Gtc Media Group
Penggunaan aplikasi MySejahtera bukan bertujuan untuk merekod lokasi pengguna, tetapi untuk mengesan kontak rapat kes positif Covid-19 bagi tindakan susulan.
Kita belum masuk ke fasa endemik tetapi ke fasa peralihan endemik, nak ke endemik jauh sangat. Kita masih ada ribuan jangkitan setiap hari.
Jadi MySejahtera masih berfungsi untuk beritahu kepada pengguna sekiranya mereka jadi kontak rapat. Dulu kontak rapat, mereka diminta diasingkan diri dan sekarang kontak rapat cuma diminta semak ada gejala atau tak.
Mungkin dimansukan beberapa bulan lagi
Foto: Malay Mail
Penggunaan aplikasi berkenaan mungkin dimansuhkan beberapa bulan lagi berdasarkan keputusan KKM.
Mungkin dalam tempoh sebulan dua lagi apabila keadaan dah semakin stabil, mungkin waktu itu sesuai kita hentikan penggunaan MySejahtera.
Kita gunakan MySejahtera ini untuk tujuan kesihatan awam. KKM tahu bila nak hentikan penggunaan MySejahtera.
Media sebelum ini melaporkan negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April depan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat begelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Sumber: Harian Metro Berita Harian