Pelakon, Ardell Aryana berkongsi detik cemas apabila kapal yang dinaikinya bersama pasukan kemanusiaan Cinta Sayang Malaysia dihampiri sebuah dron ketika dalam perjalanan mereka ke Gaza.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Terharu Terima Banyak ‘Gift’ TikTok, Mahu ‘Withdraw’ & Kongsi Dengan Anak Gaza

Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Berangkat Ke Gaza, Kongsi Foto Bersama Yusuf Bahrin – ‘Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah’

Diserang dron

@cintasalammalaysia

Detik cemas malam tadi, bot yang dinaiki @ardellaryana dihampiri sebuah dron yang berlegar tepat di atas kapal mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat. Kami percaya ia hanyalah dron pemantau dari negara-negara terdekat. Apapun, menghantar dron ke arah kapal yang membawa misi kemanusiaan adalah psikologi yang bertujuan melemahkan para peserta. Kami akan tetap mara!

♬ original sound – Cinta Salam Malaysia – Cinta Salam Malaysia

Menerusi rakaman audio dikongsikan persatuan itu di TikTok, Ardell atau nama lengkapnya Nurul Hidayah Mohd Amin memaklumkan kejadian yang berlaku pada 10.26 malam itu membuatkan mereka yang berada di atas kapal peluru keluar dalam keadaan tergesa-gesa.

Pukul 10.26 malam, kami terpaksa terburu-buru pakai kasut untuk keluar sebab ada dron atas kepala kami.

Doakan kami supaya kapal dinaiki dapat meneruskan misi.

Kami diminta oleh kapten untuk sediakan pasport dan naik ke atas kapal.

Sementara itu, Cinta Saya Malaysia menjelaskan bahawa dron tersebut dipercayai bertindak sebagai pemantau terhadap pergerakan mereka.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Kami percaya ia hanyalah dron pemantau dari negara-negara terdekat.

Apapun, menghantar dron ke arah kapal yang membawa misi kemanusiaan adalah psikologi yang bertujuan melemahkan para peserta.

Kami akan tetap mara!

Sekadar info, Ardell bersama penyanyi, Zizi Kirana berangkat ke Sepanyol sebelum memulakan pelayaran ke Gaza bersama beberapa aktivis dari pelbagai negara pada 28 Ogos lalu.

Sumber: TikTok