berita

Ashraf Muslim Cedera Bahu Kiri Kena Tendang Kuda

December 5th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pelakon, Ashraf Muslim berdepan detik cemas apabila mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti menunggang kuda.

Artikel Berkaitan: Isteri-Isteri Buat Kejutan Birthday, Ashraf Muslim Titip Pesanan – ‘Jaga Anak-Anak Dengan Baik Kalau Ayah Pergi Dulu’

Artikel Berkaitan: ‘Fasal Keluarga, Simpan Untuk Kita Saja’ – Ashraf Muslim

Rehat sebulan

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Ashraf kelihatan terlantar di katil di dalam ambulans yang dalam perjalanan membawa dirinya ke hopsital untuk mendapatkan rawatan.

Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua, kuda sendiri ‘stumble’.

Kenangan terindah. Saya akan datang lagi.

Sementara itu, Ashraf tidak menjadikan insiden tersebut sebagai halangan untuknya berhenti meneruskan sukan tersebut namun akan berehat selama satu bulan bagi merawat kecederaan yang dialami.

Mungkin kali ini tiada peluang untuk saya habiskan 40km. Tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan lawan.

Menjenguk di ruangan komen, Ashraf menyatakan dia mengalami kecederaan di bahu kiri dan kaki kanannya.

Sumber: Instagram @ashrafmuslim

SKIP THIS AD ×