Foto: Berita Harian
Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan jantina anak kedua mereka iaitu bayi lelaki yang dijangkakan bakal lahir pada hujung tahun ini.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Dah Lima Bulan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Masih Bertenaga ‘Perform’ Ketika Hamil 7 Bulan, Netizen Pula Risau
Ayda, Nabil sebak terima kejutan
Foto: Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, pengumuman itu dibuat menerusi tontonan muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul Be Mine yang dilancarkan dalam sebuah majlis pada petang semalam.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat menjelaskan bahawa jantina anak keduanya itu hanya diketahui oleh pengarah muzik video tersebut iaitu Rewan Ishak.
Sebenarnya saya dan Nabil memang tak tahu jantina anak kedua. Hanya Rewan sahaja yang tahu dan suntingan dibuat seorang diri.
Jadi, ketika penggambaran video muzik Be Mine dijalankan, Rewan membuat dua versi kejutan sama ada anak kedua lelaki atau perempuan.
Bagi saya, tayangan video muzik hari ini adalah satu kejutan dan saya tidak dapat mengawal emosi sehingga menitiskan air mata.
Nabil yang tidak dapat menahan sebak kemudian dilihat melakukan sujud syukur.
Dalam masa yang sama, majlis tersebut juga diadakan serentak bagi menyambut ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Nayla selain sudah lama menunggu untuk pelancaran lagu tersebut.
Memang sudah lama kami merancang majlis ini memandangkan single Be Mine juga sudah tiga tahun disiapkan.
Ini adalah hari paling sesuai untuk melancarkan video muzik kerana tarikhnya juga hanya dua hari selepas ulang tahun Nayla.
Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun.
Sumber: Berita Harian